Download PDFOpen PDF in browser
EN
The title and the abstract of this preprint are also available in English

Pengaruh Personaliti dan Kredibiliti Pempengaruh Media Sosial terhadap Pembuatan Keputusan Remaja

EasyChair Preprint no. 7129

12 pagesDate: December 3, 2021

Abstract

Pempengaruh media sosial merupakan seorang individu yang mempunyai kelebihan mempengaruhi orang lain dalam media sosial melalui kuasa, pengetahuan, populariti, kedudukan atau hubungannya dengan pengguna. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji hubungan pemilihan remaja terhadap pempengaruh media sosial berdasarkan faktor personaliti dan kredibiliti terhadap gaya hidup, nilai dan pengetahuan dan kemahiran remaja. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantititatif. Berdasarkan 546 responden daripada peringkat sekolah menengah dan universiti (umur 15 hingga 24 tahun), kajian ini mendapati bahawa faktor utama mereka memilih Pempengaruh Media Sosial tertentu adalah personaliti yang menarik, aktif dalam media sosial, mempunyai interaksi yang baik dengan pengikut dan populariti yang tinggi. Dapatan kajian juga membuktikan bahawa pemilihan pemimpin pendapat di Instagram berdasarkan personaliti memberi pengaruh yang signifikan terhadap gaya hidup, nilai dan pengetahuan dan kemahiran remaja.

Keyphrases: Instagram, media sosial, Pemimpin pendapat, Pempengaruh Media Sosial

BibTeX entry
BibTeX does not have the right entry for preprints. This is a hack for producing the correct reference:
@Booklet{EasyChair:7129,
  author = {Nursyamimi Harun and Normazaini Saleh and Wawarah Saidpudin and Marhaini Abdul Ghani},
  title = {Pengaruh Personaliti dan Kredibiliti Pempengaruh Media Sosial terhadap Pembuatan Keputusan Remaja},
  howpublished = {EasyChair Preprint no. 7129},

  year = {EasyChair, 2021}}
Download PDFOpen PDF in browser